Monday 15 July 2019

Ujian yang tak ada penamat

Assalamualaikum,

Setelah beberapa bulan mak menjalani rutin sebagai pesakit yang menerima rawatan dialysis. Kesihatan mak akan menurun selepas mak mula dialysis. Badan baru nak mencari keserasian.

Fistula atau tapak ditangan mak untuk sambung wayar dialysis tak dapat digunakan. so mak terpaksa tebuk dileher buat sementara untuk menunggu Fistula yang baru boleh digunakan.

Bermacam-macam halangan yang berkaitan tapak mak tu. Mak dah redo tapak mak. Sekarang tengah tunggu result sama ada boleh guna atau terpaksa buat baru lagi sekali.

Dalam tempoh mak menjalani dialysis. Mak diuji dengan ujian yang besar. Alhamdulillah mak berjaya harungi. Kami sebagai anak-anak cuba sedaya upaya membantu mak.

Ujian mak berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Kalau kami yang diuji mungkin kami dah rebah. Ujian yang muncul disaat keadaan fizikal dan mental mak tengah lemah.

Mak seorang wanita yang tabah. Semoga segala penderitaan yang dialami mak membuahkan hasil yang baik di akhirat kelak.

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...