Sunday 8 January 2012

Amirul Naim vs Megat Khalif

Assalamualaikum,

hye semua selamat petang dan selamat bercuti bagi yang bercuti..Tak lupa juga selamat menanam anggur kepada sesiapa yang seperti Fit..hehehe..

okay sorry la semalam tak update dan kerja mengedit blog pun terpaksa ditangguhkan sebab keadaan yang tidak mengizinkan untuk Fit berbuat demikian..Ye la hampir sepetang kot Fit pandang skrin netbook yang keck ni untuk edit blog.Nak harapkan si gedabak sampai esok pun rasanya belum tentu siap keja edit blog.Apabila malam menjelma mata dah tak mampu lagi rasanya nak memandang skrin netbook tambahan pulak semalam Fit tengah best layan novel.

Rasanya dah lama Fit tak terbawa dalam emosi semasa baca novel baru-baru ni tapi kali ni lain pulak..Sampai  Fit ternangis semasa baca novel ni.Alamak kantoi la pulak.Fit rasa macam Fit pula yang ada dalam novel yang bertajuk Usai Aku Terima Nikahnya.

Peminat novel mesti beli novel ni sebab tak rugi pun..Mula-mula beli Fit tak baca pun sebab masa  tu ada dua novel jadi Fit lebih tertarik nak baca novel Suami yang ku benci tambahan pulak terpengaruh dengan kawan sebab dia kata tak best.Jadi semangat nak baca novel  usai tu down sikit.Selepas dah habis baca suami yang kubenci tu Fit peram ja novel usai tu dalam almari.Tak sangka berbaloi juga bila peram lama-lama sebab novel tu memang best sampai Fit rasa tak sabar nak tunggu pagi untuk sambung baca bagi habis.Dah lama feeling macam tu tak ada dengan novel yang Fit baca baru-baru ni la.

Fit memang fall in love with Megat Khalif selain dengan Amirul Naim..hehehe..biasala Fit selalu suka watak hero kedua selalunya depa selalu ditampilkan dengan watak yang gentleman,pelindung dan banyak lagi..Baca la kalau nak taw lebih lanjut.Sapa tak sayang  orang yang mcam khalif memang susah nak dapat bak kata Puteri Aina satu dalam sejuta.Watak Megat Khalif ni sama dengan watak kedua dalam novel suara hati iaitu Amirul Naim.

Eh tak sangka la pulak watak hero kedua dalam kedua-dua novel ni mempunyai nasib yang sama.Suara hati adalah novel pertama yang Fit baca,nangis dan jatuh cinta sangat dengan amirul naim.Tapi sayang novel kakak  Fit dah hilang la pulak kalau tidak boleh baca lagi part yang ada Amirul Naim..Sebelum hilang memang dah khatam part tu sampai terlerai sikit novel tu.Tapi kesabaran khalif lagi hebat kot..


kalau boleh nak beli balik tapi cuma nak part Amirul naim ja.kiranya muka surat yang tengah la.Awal dan akhir banyak kisah pasal harisFit kurang berminat part yang ada Haris.Boleh macam tu??hehehe



okay daaa...Selamat membeli dan membaca semua.

p/s:si gedabak tu kompeter  sebenarnya.hehehe

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...