Sunday 12 August 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum,

Selamat pagi Ahad yang damai,masih belum terlambat lagi kan untuk Fit mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak  

Hai semua !! anda sihatkah sepanjang menjalani ibadah puasa ni??Alhamdulillah tahun ni  Fit masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan adat la kalau selera tu turun naik terutamnya time bersahur..Hmm hari ni dah Sudah 23 hari kita berpuasa dan tak lama lagi Syawal bakal menjelma.:) Sekarang baru Fit tergerak hati untuk update blog setelah keputusan untuk tutup blog ni dibatalkan.Perasaan sayang dekat blog ni dah semakin mendalam setelah hampir dua tahun kami bersama.

Sekarnag dah masuk fasa ketiga ramadhan iaitu di mana akan berlakunya malam lailatul qadar.jadi ayuh kita sama-sama mencarinya


Lailatulqadar ialah satu malam yang amat agung pada setiap Ramadan. Ia juga malam perhubungan mutlaq antara bumi dan alam al-Mala’ul-A’la. Pada malam itu juga diturunkan al-Quran keseluruhannya ke langit dunia sebelum diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW seperti firman Allah “Sesungguhnya Kami sudah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatul qadar.” (Al-Qadr:1) Mencari malam lailatul qadar adalah sunat kerana Rasulullah SAW menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim menyatakan bahawa Baginda berusaha sedaya upaya pada malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam lain.
Mengenai cerita dan riwayat yang dikatakan berlaku pada malam itu perlu kita selidiki mengenai sejauh mana ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Banyak pandangan beberapa sahabat dan ulama mengenainya antaranya ialah pandangan Imam Ghazali. Menurut beliau malam ini boleh diketahui melalui:

  • Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.

  • Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan.
    Selain tanda itu malam ini juga boleh dikenali dengan beberapa tanda iaitu:
  • .

  • Malam itu langitnya kelihatan suci bersih.
  • Bulan bercahaya segar dan terang benderang.
  • Udaranya nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
  • Langit tidak diganggu bintang.
  • Matahari pada waktu paginya memancarkan cahaya seimbang seperti cahaya bulan purnama.
    Bagaimanapun, lailatul qadar ialah rahsia yang hikmahnya supaya umat Islam terus mencari dengan menggandakan amal ibadah. Sumber: http://www.bharian.com.my
  • Persiapan raya dah siap ke??Persiapan raya pun belum lengkap lagi.Biskut baru buat sejenis saja.Nanti  kalau Fit share resepinya dekat sini.Kita jumpa Syawal nanti ye.Wasalam.

    p/s:tahun ni special sikit sebab Fit nak buat cheese cake sendiri


    No comments:

    Post a Comment

    thanks for your comment lain kali datang lagi

    Lucky Charms Rainbow
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...