Friday 15 February 2013

First try Puding Roti Marble :)

Assalamualaikum,

Hai semua!!!!!! Hmm..dah nak masuk bulan Mac dah tapi baru sekarang Fit nak update entri untuk bulan dua.Nasib baik tak terlepas takut jadi macam tahun lepas tertinggal satu bulan.Jadi kali ni Fit berazam nak update setiap bulan walaupun hanya satu entri saja.Ok stop tentang azam.Kali ni content entri dalam blog lain sikit daripada biasa sebab..... sebab.....kali ni entri ni Fit membicarakan soal dapur..hee Agak sesuailah jugak memandangkan Fit pun in the process chef to be kan.Baru boleh mengaku saya budak culinary :). seru baru datang untuk menaip entri tentang masakan sebab selalunya Fit ni tukang makan je.

Kalau nak diikutkan banyak je resepi yang nak dikongsikan di sini tapi tu lah tahap kemalasan selalu je tinggi menggunung so terbantutlah niat nak buat entri bab masakan.Banyak ilmu masakan yang Fit dapat semasa attend kelas kitchen InsyaAllah jika di berikan masa dan kesempatan mungkin secara perlahan-perlahan Fit akan menambah entry berkenaan tentang masakan ok.

Baiklah berbalik kepada tercetusnya idea nak buat puding ni disebabkan pada 9hb Feb lepas ex-classmates ada ajak jumpa berkonsepkan potluck.Jadi fikir punya fikir sambil google nak bawak makanan apa maka terjumpalah satu resepi ni dekat blog Hana's Family.Walaupun Fit ni bukanlah penggemar puding sangat tapi saja nak cuba buat bila tengok bahan dan cara masak senang je kan.Jadi dengan cepatnya pesan dekat my ayah untuk belikan semua bahan tu. Maka jadilah puding roti tu.Apabila dah siap naklah jugak merasa sedap ke x puding ni?and you know what? Rasanya sangatlah sedap.Fit terus yakin nak bawak sebab baru pertama kali try dah jadi.Bangga la sekejap untuk orang yang sangat jarang masuk dapur.Peace.

 Ni resepinya.

 Puding roti marble

 Bahan-bahan
 * 4 keping roti
 * 2 biji telur (Fit guna sebiji je)
 * 1/2 cawan susu pekat
 * 170ml susu cair
 * 8gram serbuk agar2 (Fit guna agar-agar biasa je)
 * 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
 * 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
 * 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
 * 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
 * 1 susu kecil essence vanilla (Fit tambah nak bagi wangi dan hilangkan bau telur)

dua biji telur untuk dua adunan
 Cara-cara
 * Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.


 * Blend roti,telur,susu pekat, susu cair,essence vanilla dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.


 * Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api

majerin yang telah dicairkan
. * Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
 * Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.


puding yang telah siap untuk dimakan :) 

 Sebenarnya tak ada niat pun nak ubah resepi daripada guna serbuk agar-agar ke agar-agar biasa.Ni semua gara-gara excited nak buat puding jadi dah tersilap baca.Nasib baiklah sama je dua2 bahan tu dan tak bagi effect dekat puding.Perbezaannya apabila guna agar-agar biasa dia ambil masa sikitlah untuk cairkan.Kalau serbuk cepatlah dia nak larut kan..

Sekarang Fit dah jadi penggemar puding roti marble.Buat masa sekarang puding roti ni jela yang tekak Fit boleh terima kalau puding buah dengan puding caramel memng taklah.Fit tak suka rasa telur yang banyak.Puding ni lain sikitlah.Sekarang dah kali ke 3 Fit buat puding atas request daripada anak buah Fit.Mai rumah je bila buka peti sejuk terus tanya ada ke tak puding tu. Jadi memandangkan sekarang depa tengah cuti sekolah dan maksu depa pun tengah cuti maka tersedialah puding tu dengan kadar segera..Lagi best bila depa dah tak sabar nak makan walaupun puding tu masih panas dan belum beku lagi.Dan lagi teruk tak sempat nak tuang dalam loyang pun.Oh anak buahku....Nak tergelak pun ada tengok gelagat depa.Ini yang buat Fit semangat nak masak benda lain lagi.Any ideas?

 Anda semua cubalah buat dan Fit yakin mesti seisi keluarga anda suka kecuali orang tu memang tak suka manisan.Sorry la rupa puding tu buruk sikit..hehe..

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...