Sunday 1 September 2013

Merdeka Raya :)

Assalamualaikum, apa khabar semua? Fit? Alhamdulillah kerana Fit masih diberi kesihatan yang baik sepanjang cuti sem.Tinggal beberapa hari saja lagi nak balik Penang dan kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar balik.

Hmm..masa berjalan dengan pantas kini  hampir penghujung Syawal dan sebelum terlambat Fit nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Duit raya pun dah kurang seiring dengan usia yang semakin meningkat.Usia meningkat duit raya berkurang.Terima kasih daun keladi bagi yang sudi menghulurkan duit raya tahun depan bagi lagi. Raya tahun ni kurang meriah sikit sebab tak semua dapat cuti.Walaupun tak semua dapat balik tapi sanak saudara jauh dan dekat tak henti datang beraya sehinggalah raya ketiga.Pagi sampai malam ada saja tetamu dan makanan memang licin dan tak wujud perkataan pembaziran.Allah maha adil kan dia gantikan kita dengan yang lain walaupun apa yang dinanti tak dapat.Raya kami tetap awesome !.

Okay stop cakap pasal raya sekarang kita cakap pasal Kemerdekaan negara kita yang ke 56. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ! Semoga keamanan yang kita kecapi sekarang akan berkekalan sehingga generasi akan datang.

Hebat Fit combine dua entri jadi satu so jadilah merdeka raya.Mood nak menaip selalu hilang walaupun idea mencurah-curah...

Sorry sebab selalu update cerita basi.

Wasalam.jumpa next entri.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...