Tuesday 28 July 2015

Hati kena SADO dalam berbisnes

Assalamualaikum,

Setelah hampir dua minggu kita menyambut syawal baru hari ni Fit sempat eh bukan baru ada mood nak update blog kesayangan ni.Tak terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin.Kosong-kosong okayyyy.

Back to the point sebenarnya fit bukan nak cakap pasal hari raya ke apa tapi nak kabo yang sekarang Fit secara rasminya dah jadi penanam anggur terhormat.Ya dah tamat dah belajar dah tiga tahun dah berlalu.Tetiba rasa macam dah tua tapi saya masih muda belia lagi.Sementara menanti result Fit ada la buat bisnes kecil-kecilan.Dulu time study pun ada la tolong akak Fit berbisnes tudung dan masa hujung sem Fit mula serius berbisnes Crispy Crab Krup Krup by me.Fit sejak sekolah menengah lagi dah brbisnes.

Inilah Crispy Crab Krup Krup Fit



 Nak berbisnes ni bukan setakat perlu ada modal, skill dan ilmu tapi  hati yang SADO paling penting.Ingat senang ke nak suruh orang beli produk kita.Setiap kali nak jual produk kita memang kena tebal muka dan hati sado sebab akan ada saja orang yang akan mempertikaikan produk kita. Bandingkan harga la dan banyak lagi.Siapa yang berbisnes memang akan faham.

Paling hati kena sado bila orang terdekat kita yang nak menjatuhkan semangat kita yang berbisnes ni.Melalui ujian dan dugaan ni ajar Fit untuk jadi lebih penyabar bila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.

Part paling best siap tanya resepi bagai tapi tak beli pun produk kita dan cakap "Aku boleh ja buat sendiri".Apa kau rasa??Tapi Fit wat lek wat peace ja sebab yakin rezeki itu Allah yang bagi.Orang ini tak beli tapi orang lain beli.So Fit kongsi saja resepi tu.Fit ada terbaca akak tu dia tak pernah kedekut nak share resepi dan bisnes dia makin maju lagi ada la.Hati dan fikiran memang kena sepositif mungkin dan bersangka baik.

Dalam dok positif pun mesti ada la tergugat juga rasa dan hampir nak putus asa juga tapi keesokan harinya Fit dapat tempahan makin banyak pulak tu dan kebetulan time tu dah last paper.Tambah bahagia lagi bila soalan last paper memang senang tak macam dua paper lepas yang memang sakit kepala nak menjawab.Itulah hikmahnya bila kita yakin dengan Allah.

Meh sini nak share sikit tip murah rezeki daripada perspektif fit:
1.Solat kena jaga
2.Niat berbisnes untuk bahagiakan kedua ibu bapa
3.Jangan kedekut ilmu
4.Sentiasa bersyukur
5.Redha dengan bahagian rezeki yang kita dapat (Tak mau tamak haloba)
6. Lebihkan dalam jualan (Kalau sekilo bagi la sekilo lebih)
7.Banyak bersedekah dan bayar zakat
8.Tambahbaik bisnes atau kualiti produk
9.Sentiasa berfikiran positif
10.jangan mudah putus asa
11.Usaha dan rajin kena seiring
12. Jangan mudah kecil hati
13.Jangan berdendam
14.sentiasa doakan kebaikan orang
15.Jujur 
16.Jangan ada rasa hasad dengki kerana setiap kita ada rezeki masing-masing

Itu ja lah kot yang Fit boleh kongsikan.Idea ni mai masa Fit tengah jawab exam tau.masa tu tengah tunggu masa tamat so Fit take note la apa yang terlintas masa tu.

Oh ya kalau sesiapa berminat nak order Crispy Crab Krup Krup ni boleh whatsapp num ni 0175756557.
Fit jual ikut balang.Balang besar RM15 dan balang Kecil RM6 belum termasuk postage tau.


 



No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...