Wednesday 13 January 2016

Yay or Nay?

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?ni entri pertama Fit untuk tahun 2016.Semoga anda semua berbahagia dengan tahun baru ni.Mungkin ada yang dah dapat kerja,dah kawen dah dapat anak dah habis belajar ataupun yang tengah berkira-kira nak sambung study lagi ke.Eh macam cikpuan yang tengah menaip ni je pun.



Sambung study?

Banyak benda kena fikir apabila umur pun dah meningkat ke 24 tahun.Ops! Masih 23 tahun tapi bakal jadi 24 tahun hujung Mac nanti.

Perkara paling penting sekali kewangan la.Nak sambung master makin tinggi kos dia.Hutang degree pun belum langsai.Adik-adik yang bakal sambung study dan bakal pinjam ptptipu tu tolonglah study elok-elok biar pinjaman tukar jadi biasiswa bukan hutang lepas tamat.Akak kau ni dulu masa belajar main-main sangat.Bila dah sampai tahun akhir baru tersedar tapi dah agak terlambat.Apa-apa pun Alhamdulillah maintain 3 pointer ke atas setiap sem dan berjaya tamat belajar tepat pada masanya.Bukan nak cakap diri ini pandai walaupun belajar main-main tapi maintain pointer,cuma nak bagi contoh kat adik-adik.Andai kata akak study tak main-main mungkin dekan atau pukul rata setiap sem.Mungkin sekarang ni tak perlu ragu-ragu (baca dengan nada lagu Tasha dengan syed Syamim) nak sambung ke tidak sebab terikat dengan hutang.Kalau sambung bertambah la hutang akak dengan ptptipu.

Mybrain kan ado!!

Ya, Fit sekarang tengah dok kumpul info tentang mybrain ni .Mybrain untuk master tapi pening juga kepala tengok prosedur untuk mohon.Fit akan cuba fahamkan juga lepas dah faham baru nak mohon.Fit ada masa lebih kurang sebulan sebelum daftar untuk sambung master.


Buat masa sekarang Fit simpan dulu rahsia pasal tawaran master ni daripada pengetahuan mak dengan ayah.Malas nak heboh lagi sebab tengah pertimbangkan.kalau boleh tak mau susahkan mak ayah untuk pembiayaan master kali ni.sehabis boleh nak dapatkan sumber lain selain ptptipu dulu.Mak ayah kalau tau mesti suruh sambung.

Info pasal master ni macam tak banyak orang share.Kalau ada rezeki Fit untuk sambung master nanti InsyaAllah Fit akan usahakan untuk share info pasal master dari A to Z. Mungkin ada tapi tak banyak dan ada juga yang tak memenuhi apa yang Fit mahu.Kalian doakan segala urusan Fit dipermudahkan.

Ada sesiapa yang macam Fit sekarang ni??Tengah dilema wanita ke lelaki ke.

 p/s:ptptipu tu ptptn tau.

bye!!

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...