Friday 29 March 2019

My Birthday 2019

Assalamualaikum,

Eh, last Fitrah update bila ya? Lama dah yang pastinya :P

 Alhamduillah sekarang Fitrah secara rasminya dah masuk 27 tahun. Serius angka yang sangat besar dan terasa ada satu beban yang besar ntuk digalas. Umur 27 tahun tapi nak beli tiket wayang disangkanya masih kanak-kanak :P. Tahulah Fitrah ni tak cukup inci tapi bukan pendek.

Birthday kali ini memang macam biasa no cake atau apa-apa celebration. Adalah makan special sikit. No cake or no celebration tapi Alhamdulillah dapat hadiah besar dari Allah. Kebetulan time tu buat wish minta dikuatkan hati untuk menghadapi masa akan datang. Allah menjawab doamu Fitrah.


 Sehari selepas birthday Fitrah, mak pula kena admit hospital terus masuk zon merah. Mak susah nafas keraaa air terlebih dalam badan. Buat pertama kalinya mak masuk zon merah dan perlukan bantuan pernafasan.  Selalu zon kuning macam tu ja. Akhirnya setelah setahun lebih  selepas didiagnos mak ada masalah buah pinggang tahap 4 dan doktor cakap mungkin dalam 2 atau 3 bulan mak dah kena mula dialisis. Alhamdulillah setahun lebih juga baru mak memulakan perjalanan baru untuk dialisis.

dalam tempoh setahun lebih tu juga macam-macam peristiwa besar yang berlaku dalam keluarga kami. Dalam tempoh tu juga mak punya kesihatan fizikal dan mood turun naik macam roller coaster. hari-hari kami kena jadi pakar motivasi. Dalam waktu yang sama kami juga kena jaga pemakanan mak untuk lambatkan proses dialisis. Alhamdulillah setahun juga kami nampak hasilnya. Kawan-kawan kalau diri sendiri, ahli keluargayang ada masalah buah pinggang tolonglah nasihat untuk jaga makan dan pantang ikan masin, jeruk pekasam, belacan, ikan masin dan benda yang ada garam banyak. InsyaAllah proses dialisis dapat dilambatkan  terutama yang masih early stage. Say BIG NO to supplement. Semua tu akan percepatka lagi. Dialisis bukan murah. Randomly dalam 3k++ atau lebih.

Dalam tempoh setahun tu juga kami menerima ahli keluarga baru. Alhamdulillah abang atas Fitrah dah selamat jadi suami orang dan bakal ayah nanti. Sebulan selepas majlis kami diuji dengan kehilangan abang kedua Fitrah. Kami sekeluarga betul-betul bagaikan hilang separuh nyawa. Kehilangan ahli keluarga yang tak pernah terfikir akan kehilangan dalam waktu terdekat.

Tiga bulan kemudian, tahun baru kami disambut dengan air mata lagi sekali. Kami kehilangan bapa sedara terdekat dengan mengejut. Sungguh kami tak kuat.

Doakan kami kuat untuk meneruskan kehidupan kami dengan lebih bersyukur dan semakin kuat menghadapi segala ujian. Doakan juga mak semakin kuat untuk meneruskan rutin baru dengan dialisis. Orang cakap ambil masa juga sebelum betul-betul kuat selepas process dialisis.


Bye, jumpa next Post.


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...