Tuesday 2 August 2011

perlukah kita berasa kecewa

Assalamualaikum,

selamat petang semua...

hari ni mungkin bagi sesetengah orang akan mengatakan bahawa ia merupakan hari yang malang apabila tayar moto pancit.ya pada mulanya fit juga berasa begitu tapi bila difikir-fikirkan balik ia adalah dugaan dari Allah kepada orang yang berpuasa..syukur fit masih boleh bertahan dan tidak marah-marah...

hmm...hari ni juga fit dapat melihat hati seseorang itu.kita kadang-kadang tidak mengharapkan bantuan orang lain tetapi dalam waktu yang sama kita juga mengharapkan bantuan.sebenarnya fit tak mau ambik kisah sangat tapi sebagai orang yang terdekat dan kita kenal orang itu kita seharusnya menghulurkan bantuan atau menanyakan masalah yang dihadapi waktu itu..apakah yang perlu dilakukan seseorang itu apabila melihat orang dalam kesusahan???usah ditanya soalan begitu kerana budak-budak kecil juga dapat menjawab persoalan itu kan iaitu kita perlu menolong semampu yang boleh..fit rasa agak terkilan juga walaupun sedikit.mungkin seseorang itu mempunyai urusan tertentu atau mereka berasa tidak perlu untuk menolong kerana tiada kaitan..walau apa pun alasan kita janganlah mementingkan diri sendiri.

fit tulis begini bukan untu kmengata  kepada sesiapa tetapi untuk memberi peringatan kepda diri sendiri.Menolong orang dalam kesusahan walaupun kita juga mempunyai masalah pada ketika itu mungkin Allah akan mempermudahkan segala masalah yang dihadapi kita...

ok sekian saja untuk hari ini.
salam
berusahalah kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..


1 comment:

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...