Friday 23 December 2011

mata kucing

Assalamualaikumm

selamat malam semua kita bertemu lagi pada malam Jumaat nie..ok sebenarnya fit nak berkongsi buah kegemaran iaitu buah mata kucing.bila fit dah mula makan terus tak boleh nak berhenti..sapa kat sini yang suka makan???

mula-mula fit tak suka makan buah mata kucing nie yelah bila dah dengar nama dan tengok rupanya pun dah rasa geli kan..lepas tu fit mula suka bila kakak suka sangat beli buah tu..oneday fit punteringin nak cuba dan bila cuba terus nak lagi...memang sedapppppp.itulah orang kata tak kenal maka tak cinta...

hmm..bila dah asyik makan je nak juga  tahu apa khasiatnya buah mata kucing kan..jom kita google...

ok ni hasilnya selepas bercinta dengan mr google
credit to ape-ape aje


KHASIAT DAN KEGUNAAN BUAH MATA KUCING

Buah ini berisi phenolic terutama pada bijinya, seperti asam gallic, corilagin, dan asam ellagic,
yang mengindikasikan adanya kandungan antioksidan yang sesuai bagi wanita hamil dan
bijinya dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular.

Daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang mana ia mengandungi quercitrin dan quercetin, yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus, sehingga boleh dimanfaatkan untukn mengubati alergi, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular.

Dari segi bijinya pula, ia mengandungi saponin, tannin, dan lemak dan banyak digunakan
sebagai bahan untuk membuat shampoo dan mengatasi keringat yang berlebihan. Selain itu,
bijinya juga banyak digunakan untuk menghentikan pendarahan.

Isi buahnya boleh dijadikan ubat untuk sakit perut yang berfungsi untuk
pencernaan, mengurangkan suhu badan khususnya ketika demam dan membunuh cacing di
dalam perut, juga sebagai penawar racun. Air daripada isi buah mata kucing yang dikeringkan
merupakan penyegar dan ubat untuk insomnia, kelelahan kronik, perasaan lemah, dan, tidak
ada nafsu makan.

Buah mata kucing ini disebut juga menghasilkantenaga yang baik dan dapat meningkatkan stamina kerana ia banyak mengandungi sukrosa, protein, lemak, 
glukosa, dan asam tartaric. Oleh kerana itu buah ini juga baik untuk ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin, tetapi dalam jumlah yang tidak berlebihan.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...