Wednesday 29 February 2012

Gara-gara comforter

Assalamualaikum,

Hyep selamat petang semua,tengah makan goreng pisang ka??Sedap nih makan goreng pisang panas time hujan macam ni.Hah!! kawasan rumah Fit hujan anda pulak macam mana???Ok la jawab dalam hati ja lagipun kalu jaab Fit bukan tau pun kan.:D

Ok nak dengar cerita tak???meh sini duduk rapat-rapat kita dengar cerita yang tak berapa nak lawak ni.Sebenarnya kan kan kan tadi Fit pitam semasa tengah angkat comforter dari terkena hujan.Lain kali kena hantar dobi je la kan..Eh pitam ke pengsan??Confuse tapi rasanya pitam je sebab rasanya sat ja Fit tak sedarkan diri time jatuh ke tanah..Berat la jugak sebab masih belum kering..Fit dengan gigihnya lari bawa comforter yang berat tu nak masuk dalam rumah tapi tiba-tiba tersilap urat terus rasa nak pitam dan terus Fit tak sedarkan diri.Bila sedar ja kepala fit dah ada atas riba mak..Sakit tau kalau tersilap urat ni.

Mak Fit cakap nasib mak cepat sambut kalau tidak kepala dah terhantuk dengan batu giling.Kalau tidak tak pasal-pasal kena jahit sebalah kanan kepala pulak.Masa kecik dulu dah kena jahit sebelah kiri.Habis siku dengan lutut dapat calar-calar.Serius Fit tak sedar langsung time jatuh.Nasib baik Fit cepat sedar  sebelum mak panggil jiran kalau tidak malu ja.huhu..Pitam gara-gara angkat comforter lemah betoi kan..

Fit rasa salah satu punca yang menyebabkan Fit cepat pitam iaitu perut kosongs selain tersalah urat time angkat comforter.Pagi tadi tak ada selera nak makan bihun goreng.Fit makan berapa suap ja.Lepas dah sedar dan  salin baju semua terus mak Fit suruh makan nasi.

ok tu je la ceritanya.Tak lawak pun kan..Kesimpulannya, lain kali jangan biarkan perut kosong dan jangan lakukan perkara dengan tergopoh-gapah..

ok Babai

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...