Thursday 19 April 2012

UJIAN MEdSI

Assalamualaikum,

Hello semua selamat malam.Sihat ke??Fit alhamdulillah sebab masih dikurniakan kesihatan yang baik sejak menjadi penganggur terhormat selama 5 bulan ni.Fit jadi penganggur bukan kerana dibuang kerja atau meletak jawatan tetapi kerana sedang menuggu tawaran untuk meneruskan impian yang masih jauh.:D

Hmm, anda tahu apa itu MedSI( Malaysian Educators Selection Inventory )?
Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU. 
Berapa soalan ujian MedSI dan masa yang diperuntukkan??
 Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

Bentuk soalan MedSI ?
Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian. 

Siapakah yang layak menduduki MedSI?
Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

Ujian ni perlu dilalui untuk seseorang yang ingin dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru.Fit juga merupakan salah seorang yang bercita-cita untuk menjadi guru.Eh tapi jangan tak tahu pulak selepas lulus ujian MedSI calon guru tersebut perlu menghadiri temuduga.Apabila dah lepas temuduga baru boleh sambung  kursus perguruan.Ingat senang ke nak jadi guru.

Ok setakat ini dulu nanti Fit upadate tips macam mana nak lulus ujian MedSI.Kita boleh sama-sama berkongsi tips untuk kejayaan bersama kan.

P/S:Fit harap Fit layak untuk menduduki ujian MedSI dan lulus seterusnya lulus untuk sesi temuduga.Bagi yang minta pendidikan esok jangan lupa semak ye dekat laman UPU


bye


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...