Thursday, 10 May 2012

Anda rabun???

Assalamualaikum,


Hello selamat malam dah lama rasanya Fit tak menaip entri malam-malam.Hmm tak kisah la kan siang ke malam sama je asal update blog.Masa dan tempat bukan penghalang.Ini entri ketiga untuk hari ni biasalah bila dah mai mood rajin jadi dah boleh kot top up entri yang tak di update.:D


Anda semua perasaan tak sekarang ni ramai yang dah berkaca mata walaupun umur masih muda.Fit rasa kalau zaman kecik dulu selalu jumpa orang tua saja yang pakai.Salah satu puncanya sekarang mungkin sebab ramai yang lebih suka habiskan masa mengadap tv,laptop,ipad sebab tu yang boleh menyebabkan menjadi rabun.


Jadi salah satu cara untuk mengurangkan kerabunan selain pakai spect yang kadang kala menyusahkan anda boleh cuba try dan test amalan ni terutamanya orang yang beragama Islam.Lebih elok try cara ni daripada pakai kanta.Pemakaian kanta lekap a.k.a contact lenses pun ada baik dan buruknya jugak tapi rasanya buruk lagi banyak kot.


klik untuk tumbesaran

Fit pun rasa macma nak try sebagai langkah berjaga-jaga sebab sekarang ni asyik online saja.Biasalah dah nama pun penganggur terhormat tentulah asyik online saja lagipun kawan-kawan semua dok jauh.Jom pakat cuba.Tak salah untuk mencuba bak pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Habislah lepas ni mak nak masak tengok carrot semua sudah habis dimakan.

p/s:Kalau ada duit banyak boleh je p buat pembedahan lasik.:D

bye selamat beramal

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...