Thursday 5 July 2012

Sweet Holiday :D

Assalamualaikum,

Selamat hari Khamis yang dingin dan ,hari ni Fit nak cerita sikit tentang percutian Fit yang telah terperam selama beberapa bulan dan hampir jadi pekasam.Tapi walaupun dah jadi pekasam Fit tetap juga nak cerita tentang trip Fit sepanjang cuti.Fit nak cerita ringkas je sebab banyak trip kan.:)

First trip kami p Pulau Langkawi.Trip ni boleh dikatakan family trip walaupun bukan semua ahli keluarga join..Kami p time cuti apa pun tak ingat tapi memang azab la nak tunggu turn untuk naik kereta kabel.Jadi Fit nasihatkan kalau nak naik kereta kabel baik p time bukan cuti umum.Kami pun terpaksa pergi dua kali semata-mata nak naik kereta kabel.Rugi tau kalau p Pulau Langkawi tak naik kereta kabel menyesal tak sudah sebab view kat atas tu sangat cantik.Jom usha gambar dekat bawah ni

Gambar baris bawah tu view dari atas jambatan gantung kereta kabel dan yang atas tu gambar pantai

Sebenarnya banyak tempat lagi yang nak cerita tapi Fit cerita yang  paling best la.Makam Mahsuri memang kena p.Sebelum balik Fit ada la beli ole-ole dan tak lupa coklat tercinta.Tapi terlupa pulak nak snap pic coklat sebab terlalu penat :( ..The end

Trip kedua Fit pergi pulau Pangkor.Memang tahun ni tahun melawat pulau dan pantai     rasanya.Huhu.Tapi Trip kali ni bukan family trip dah tapi rombongan orang ramai.Saja nak memenuhkan bas sebab dah lama tak pergi jalan naik bas.Best jugak p ramai-ramai rasa macam ikut rombongan sekolah dulu-dulu.Tapi gambar sempat tangkap sikit je.Semua gambar pemandnagan je.


Tapi Fit suka dekat  Pulau Pangkor sebab jalan dekat sana sangat mencabar.Rasa macam naik roller coaster ja..Fit rasa macam nak round sepuluh kali sebab jalan dia bengkang bengkok yang buat kita teruja.Agak bahaya bagi orang yang tak cekap memandu.The end..

Trip ketiga ialah family trip kami ke Tanjung Dawai untuk membeli hasil laut buat bekal bulan puasa.Biasalah bulan puasa ni benda masin-masin je  boleh menambah selera terutamanya time sahur.Trip kali ni pun gamabr kurang sebab panas sangat jafdi mood untuk pose kurang.Hahahaaha..Bila cerita pasal Tangjung Dawai teringat pulak lunch kami time tu makan seafood.Aduh tiba-tiba teringat sotong bakar..

Hari tu panas jadi kami tak naik bot untuk ke Pantai Merdeka dan terus menuju ke Pantai Murni.Aduh teringat pulak ais kacang kat sana..Nanti lepas raya nak ajak pergi lagi la.Ok Jom lah usha gambar yang tak banyak ni.Tapi dah gabung gambar ketiga-tiga trip.Gambar tuan blog je.Gambar orang lain prvate.Tapi terselit sekeping gambar my lovely mum. :)


Fit harap hari yang mendatang kami sekeluarga boleh mencipta kenangan yang lebih indah..Hargailah setiap saat yang kita lalui..Buku catatan yang lama sudah ditutup kini bermulalah buku yang baru.Semoga semakin lebih baik dan diredhai oleh Allah.Salam Nisfu Syaaban.:)
The end..





No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...