Sunday 4 November 2012

Detik-detik akhir

Assalamualaikum,

Hyep, selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu bagi yang tengah cuti.Anda semua dah sarapan??Fit belum lagi sebab tak ada selera gara-gara nak kena tinggal rumah.Tinggal rumah???OK ok nanti Fit terangkan.

Hmm, hampir sebulan lebih Fit tak update blog kan.Bagi yang dah baca entry lepas mesti dah tahu kenapa Fit sudah jarang update blog. (Ceh, macam la sebelum ni rajin sangatttttt update). Fit sekarang memang agak sibuk dengan kehidupan baru.Biasalah baru nak belajar hidup sendiri jadi ambil masa jugak untuk sesuaikan diri dengan tempat baru.

Selama 20 tahun  hidup ini baru kali pertama ank tinggalkan rumah dan mak tercinta..Saya memang anak manja. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah dan sokongan keluarga Fit dapat meneruskan perjalanan untuk mendapatkan sekeping degreewalaupun berjauhan dengan keluarga. Kini baru Fit sedar ternyata diri ini cekal dan tabah walaupun ada rakan seperjuangan yang kelihatan lebih cekal tapi kecundang sebelum berjuang.Hidup untuk menuntut ilmu ni macam pergi berjuang di medan perang kan.Kalau diikutkan hati dan aafsu memang malas je nak sambung study tapi bila dikenang kembali betapa pentingnya ilmu untuk meneruskan hidup di zaman serba canggih ni jadi Fit kuatkan saja hati, mental, dan fizikal.Bagi yang pernah mengambil degree akan faham keadaan student  yang sambung degree.

Alamak!! terpanjang pulak ayat diatas tapi itulah perasaan Fit tika ini.Jadi bagi yang dah dapat peluang belajar tu gunakanlah sebaik mungkin walaupu kita tak dapat bidang yang kita minat. Kita kena ingat bahawa Allah SWT maha mengetahui.Jadi renungkanlah ayat dibawah ini.


BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan il

mu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

~bersyukurlah dengan apa yang ada lalui sehingga ke hari ini
Ok sebenarnya hari ni hari last Fit ada dekat rumah dan petang ni jugak Fit akan bertolak balik Ke Uitm setelah seminggu lebih bercuti.Tapi masih tak puas sebab cuti terganggu gara-gara diri ini demam.Tahu-tahu sajalah bila dah demam mestilah masa dihabiskan dnegan tidur ja jadi agak rugi disitu.Memang berat hati dan kaki untuk melangkah keluar meninggalkan rumah tercinta dan mak sayang.Jadi sementara masih ada masa Fit pun merajinkan diri untuk mengupdate blog yang dah bersawang ni.Nak tunggu Fit update di u memang harapan sangat tipis sebab sibuk dengan kelas dan aktiviti yang u anjurkan.Tambah-tambah minggu ni lagi sibuk sebab sibuk dengan assignment berkumpulan  , test, projek jualan untuk kelas marketing dan assignment individu alhamdulillah 99.99% hampir siap.Hanya tunggu untuk balik semak dengan  kawan mana yang kurang je.Sorry la entry Fit sekarang kekurangan gambar sebab handphone buat hal jadi susah untuk snap picture banyak-banyak.Nanti bila dah ok Fit akan update dekat sini k.

Jadi student kualimenari ni memang agak menguji mental dan fizikal.Kita perlu pakar dalam kedua-dua kelas iaitu teori dan praktikal. Fit agak takut apabila ada test untuk kelas praktikal. Fit ni kalau praktikal lemah sikit..

ni gambar tunggal yang ada disimpanan Fit
Carilah yang mana satu fit..hehe

Setakat ini saja kot yang Fit mampu nak menaip..Tunggulah masa yang akan datang Fit akan cuba cari masa dan update blog tersayang ni.

p/s:Tajuk dengan content memang xtak boleh belah.Ini semua gara-gara sudah lama tak update blog jadi kekeliruan identiti disebabkan banyak sangat idea yang nak diceritakan.



No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...