Thursday 15 November 2012

Sakit itu nikmat

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah Fit ucapkan kepada semua umat Islam.Sekarang bermulalah buku baru dalam kehidupan kita dan semoga kita penuhi lembaran hidup kita ynag baru ini dengan benda-benda yang lebih berfaedah dan berguna.

Fit juga bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengembalikan semula selera Fit yang telah diambil sementara.Ya nikmat sihat Fit telah diambil sementara dan Alhamdulillah kini telah dikembalikan.Seminggu jugaklah Fit tidak sihat.Sakit itu sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada hambanya untuk lebih menghargai nikmat-nikmat yang lain.Bukan Fit saja tapi ayahku yang gagah jugak sakit selama seminggu tapi Alhamdulillah semuanya kini kembali normal.Jadi, anda diluar sana yang masih sihat jagalah kesihatan anda.

Kesian blog ni kan sebab belum sempat lagi Fit nak update dan berkongsi ilmu masakan yang telah dipelajari.Fit agak terkilan sebab tidak dapat mengikuti kelas membuat kek pada minggu ni kerana tidak sihat dan juga terpaksa cancel untuk ikut trip dengan classmates.Mungkin semua ni ada hikmahnya kan..

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...