Monday, 25 February 2013

Kucing oh kucing

Assalamualaikum,

Selamat petang semua, hmm dekat rumah Fit sekarang hujan turun renyai-renyai ja.Jadi mood pun renyai-renyai la kan..hehe..Lunch pun belum lagi ni.Perut kenyang sebab minum air cocoa collagen.Air ni Fit minum untuk persediaan memulakan sem baru agar lebih bertenaga.Nanti Fit cerita lebih lanjut tentang minuman ni.

Ok sebenarnya Fit nak cerita pasal kucing jiran tapi tak pasti milik jiran yang mana..Kucing ni datang secara tiba-tiba dan kelihatan sangat baik dan comel.Memula je yang baik then bila dah lama-lama pantang nampak orang ke dapur dia yang sampai dulu.Kami memang jarang bela kucing so agak teruja la bila ada kucing dekat rumah kan.(Ini kisah sebelum si kucing menunjukkan belangnya).Semua gelagat kucing nampak comel dan luar biasa bagi kami dan terdetik dekat hati nak letak nama dia shooshoo.Tujuannya nak menghalau tapi kucing ni degil asyik singgah je dekat rumah so kami pun jadi la tuan sementara.Rasanya dalam seminggu lebih kucing ni duduk rumah Fit dan tak balik rumah owner dia.Then time Fit balik kolej mak cakap dia dah balik rumah owner dia dah tapi singgah bila lapar.

Sekarang ni kami kena la simpan ikan sikit buat bekalan shooshoo.Tahu-tahu sajalah kalau lapar mesti bising dengan suara dia dan ikut dekat kaki kami rapat-rapat bila p dapur.Lagi satu kucing ni tak suka makan nasi dia cuma makan lauk je.Cuba bayangkan kalau makan nasi bolehlah kenyang lama sikit kan tapi disebabkan dia belagak hanya makan lauk je jadi selalu lapar la.Sekali makan mau 3-5 ekor ikan.Fuhh nasib seekor je kucing nie kalau tidak lagilah banyak bekalan ikan diperlukan.Tapi bila dah kenyang lama la jugak dia membuta di atas sofa atau tempat yang dia rasa selesa.Hobi dia tido dan posing.

Shooshoo ni macam tau-tau je kami nak snap pic time tu la dia akan posing.Hah dah bangun tido dah shooshoo ni.Memang sedap tido time sejuk-sejuk ni.Lagi satu sifat baik dia, shooshoo ni tak pernah lagi la membuang najis besar mahupun kecil dalam rumah so far so good tentang hal ni.Tapi time panas Fit perasan yang dia akan selalu p tido depan pintu bilik air.

Kami akan rasa rindu bila dia tak ada dekat rumah tapi rasa serabut bila dia ada.Benci tapi rindu la katakan.Kucing ni paling lama ada dekat rumah Fit selalunya kucing yang mai rumah yang tengah sarat mengandung a.k.a bunting.Mungkin kucing-kucing ni ingat rumah Fit ni hospital kot.

Jom kita usha gambar shooshoo.













macam-macam gaya dia tido.
Bye semua...


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...