Thursday 24 March 2016

Potensi diri kita siapa yang tahu???

Assalamualaikum,

Sekarang sudah pukul 3.45 a.m. ok bukan p.m. Fit tak boleh tido jadi terajinlah sikit untuk menaip disini.

Fit nak kongsi dengan korang hasil kerja ukiran buah untuk wedding rumah sepupu.Ukir buah untuk diletak dekat atas meja makan beradap.

Fit sendiri macam tak percaya Fit boleh ukir 4 biji buah sendiri tanpa pertolongan sesiapa pun.Fit belajar ukir buah ni dekat uni tapi bukan secara rasmi pun.Fit belajar ukir tujuan utamanya untuk tambah ilmu sampingan.

Alhamdulillah Fit rasa bersyukur sangat sebab dulu Fit dengar cakap bff Fit untuk join belajar mengukir ni.

Jujur sejujurnya dulu sebelum belajar Fit memang bukan orang tangan berseni dan tak minat pun cuma join suka-suka nak luang masa dengan bff tapi bila dah tahu asas terus terjatuh cinta.Tapi ada juga ups and downs semasa proses pembelajaran maklumlah si tangan keras kan. Kami belajar seminggu sekali itu pun bergantung dengan jadual kami dan jadual sifu kami En.Solehin.

Sifu Fit cakap masa kelas pertama ukir mengukir ni ada dua jenis orang ja yang boleh berjaya.Pertama orang yang ada bakat semula jadi dan kedua orang yang tak ada bakat tapi rajin berlatih.Tapi kalau ada bakat tapi tak rajin tak guna juga.Agak-agak korang Fit yang mana??

Jawapan dia Fit ni orang jenis yang pertama tapi cepat emo kalau apa yang nak diukir tu tak jadi.Apabila emo menguasai diri maka Fit pun akan berhenti berlatih sebab tu tak boleh join competition.(Abg senior la yang cakap Fit ada bakat.Dia punya skill power siap menang competition lagi.) Korang tak percaya Fit lagi tak percaya dengan potensi diri sendiri.

Potensi diri kita sendiri memang tak nampak tapi orang lain boleh nampak.Fit cadangkan korang yang masih belajar korang join saja program ke aktiviti yang korang tak pernah cuba terutama orang yang macam Fit.Orang yang tak berapa pasti potensi diri.

Ilmu ukir mengukir ni berguna selepas Fit tamat belajar sebab sekarang dah ada orang booked ukir buah untuk majlis dia nanti.Alhamdulillah dengan ilmu yang ada.InsyaAllah Fit akan cuba berlatih lagi untuk tajamkan skil mengukir.

Gambar dibawah tu ukiran buah setelah sekian lama berhenti mengukir hampir setahun atau lebih.Maklum budak tahun akhir memang sibuk sikit dengan fyp dan tugasan jadi kami buat keputusan utk berhenti daripada belajar mengukir.Serius cakap selepas Fit siapkan ukiran tu hampir dua tiga hari juga rasa macam tak percaya Fit berjaya mengukir dan sahut cabaran sspupu Fit.Bakul buah tu tak pernah belajar tapi Fit cuba buat khas untuk pengantin. 😃

Tapi kalau ada yang berminat boleh whatsapp ke 0175756557 untuk tempahan meja beradap..Doa-doakan ya.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...