Sunday 17 April 2016

Rezeki aku di mana?

Assalamualaikum

Korang tau tak apa itu rezeki?? Korang pernah rasa dan terfikir sendri-sendiri tak tentang kejayaan orang disekeliling.Semua dah berjaya tapi korang masih sama.

Korang rasa koranglah orang paling tak berguna,tak pandai, tak cantik dan semualah yang buruk semua ada kat korang. sampai satu tahap korang rasa macam nak putus asa saja.

Tapi sebelum tu nak tanya, korang ada tengok balik tak benda baik yang berlaku dekat korang walaupun benda tu kecil saja.Pernah tak?

Kalau tak pernah sekarang Fit nak korang pejam mata dan fikirkan balik perlahan-lahan kemudian baru sambung balik baca ayat yang seterusnya. Cubalah sekali jangan tipu tau. Allah tahu.












Dah ingat? Kalau dah ingatnanti komen dekat bawah ya apa yang korang ingat.


Bagi yang masih tak nampak lagi meh sini kita sama-sama fikir.

Pertama kali Fit nak korang pejam mata 3 saat 1...2...3... ok boleh buka balik.
Apabila korang pejam korang nampak apa? Gelap kan tapi sekarang dah nampak semua termasuk entri Fit ni. Cepat ucap Alhamdulillah sebab korang masih diberi rezeki untuk melihat benda baik-baik.

Allah dah bagi nikmat sihat segala anggota badan tapi kenapa tak bersyukur lagi.

Kedua Fit nak tanya korang masih ada ibu bapa kan termasuk adik beradik dan kawan yang baik disekeliling korang kan. Ha itu semua pun rezeki korang juga.Korang dapat orang yang baik disekeliling korang walaupun korang orang biasa saja.

Korang tak tau orang yang dapat kejayaan tu mungkin orang disekeliling mereka tak sebaik orang disekeliling korang jadi mereka perlu berjaya untuk survive.

Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk kepada setiap orang. Jadi kita tak boleh nak bandingkan rezeki setiap orang.Kunci utama kita kena selalu rasa bersyukur setiap rezeki dan nikmat yang korang dapat.

Ok adik-adik yang tak boleh sambung ke IPTA/IPTS jangan putus asa mungkin rezeki korang untuk kahwin awal.hehe

Eh eh adik akak Fit gurau saja.Itu contoh saja.Korang mungkin rezeki tempat lain yang penting usaha dan sentiasa bersyukur ok.

Bye.
Tu ja nak habaq.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...