Sunday 19 June 2016

Tips memilih handsocks untuk beginner

Assalamualaikum,


Macam mana puasa korang? Sudah masuk 14 hari kita berpuasa kan.Alhamdulillah, tahun ni Fitrah dapat berpuasa penuh dengan keluarga .Hari-hari dapat sediakan juadah berbuka untuk keluarga. Selalu tak sempat sebab sibuk dengan hal universiti.


Hurmm sudah masuk seetahun Fitrah habis belajar dan Alhamdulillah secara rasminya dah jadi alumni UiTM.InsyaAllah ada rezeki dan masa akan disambung ke peringkat yang lebih tinggi.Doa-doakan ya. :)

Ok-ok entri kali ni tak mau cerita pasal diri sendiri yang sendu ni.Fitrah nak kongsi sikit tip-tip memilih handsocks. Memandangkan sekarang ramai dah sedar bahawa lengan pun aurat ya.Ramai juga yang pening nak pilih handsocks yang sesuai terutama bagi sahabat solehah Fitrah yang baru-baru nak belajar pakai.


Korang tak perlu pening-pening kepala dah Fitrah akan kongsikan serba sikit yang Fitrah tahu.Kita sama-sama belajar dan istiqamah dengan setiap langkah menju kebaikan. OK?


1.Material 
 Kenapa Fitrah sebut material dulu? Material ni main peranan penting tau terutama untuk orang yang baru nak belajar pakai.Jika material tak best mestilah kita tak selesa, jadi gatal=gatal dan macam-macam lagilah..Selalunya dugaan besar tau kalau nak buat perubahan ni.Kita akan jadikan ketidakselesaan sebagai faktor untuk tak pakai handsocks.

Jadi perlu survey dulu mterial handsocks dulu agar kita terus jatuh cinta untuk terus pakai.Buat masa sekarang Fitrah rasa kain jenis lycra yang berkualiti sesuai untuk dipakai bagi beginner.



2.Jenis
Handsocks ada dua jenis iaitu panjang atau pendek. Eh ada panjang dan pendek ke? Ya, sesetengah handsocks ada dua jenis.Setiap jenis tu bergantung dengan jenis pakaian yang kita akan pakai dengan handsocks.

Selalunya kalau yang jenis panjang sesuai dipakai dengan baju berlengan pendek. sesuai untuk orang yang perlu pakai baju berlengan pendek .Contohnya uniform kerja.

Bagi handsocks jenis pendek sesuai untuk baju berlengan panjang tapi dekat pergelangan tak ada getah atau butang terutamanya baju kurung.Tak pun sesuai untuk baju berlengan tiga suku.Selalunya berlengan tiga suku ni baju korporat.



3.Design
Kenapa design ni penting juga?Kalau korang beli baju mesti korang tengok design dia dulu. cutting dia ikut badan ke apa kan.Haa sama juga dengan handsocks. Fitrah cadangkan korang pilih handsocks yang design dia dreka tidak melekap dengan lengan kita.

Kalau design melekap dekat lengan tak namanya menutup aurat la terutamanya untuk dipakai baju berlengan pendek atau tiga suku..Kita nak menutup aurat bukan nak balut aurat. Betul tak?


4.Harga
Harga ni Fitrah rasa bergantung kepada kemampuan masing-masing. Korang kena survey dulu sebelum beli dan bandingkan harga dan kualiti. Pastikan harga handsocks tersebut berpatutan dengan kualiti produk yang ditawarkan.

Kalau korang google bersepah dan pelbagai jenis handsocks yang dijual. Jadi pandai-pandai pilih mengikut kemampuan dan tujuan membeli handsocks sama ada memenuhi kehendak yang dicari untuk menutup aurat.

Ada yang murah tapi kualiti kain dan design dia tidak memenuhi apa yang dicari oleh kita.Siap mudah terkouak lagi bila banyak kali cuci.

Biar bayar lebih sikit tapi tahan bertahun-tahun. Jimat pun jimat kan. Tak rugi melabur dalam perkara yang baik.


5.Warna
Bagi warna ni untuk permulaan Fitrah cadangkan korang beli warna yang boleh dipadankan dengan semua jenis warna baju. Selalunya warna hitam, kelabu, skin dan coklat.Jimat tak perlu nak beli banyak-banyak.

Tapi untuk yang ada duit lebih dan suka pakai handsocks matching dengan warna baju boleh beli banyak warna yang disukai.


Ok cukuplah 5 tips memilih handsocks untuk beginner. Bagi yang mencari dimana nak dapatkan handsocks yang sesuai boleh klik sini untuk dapatkan handsocks idaman.


Semoga istiqamah ya.


Bye jumpa next entri.









No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...