Friday 24 February 2012

the moon embraces the sun vs dream high 2

Assalamualaikum,

Hyep selamat malam semua si gadis yang cantik dan jejaka yang kacak.Semua yang baca post ni secara automatik telah menjadi cantik dan kacak di mata Fit.Thanks ya sebab sudi baca penulisan Fit yang entah apa-apa kadang-kadang..Satu lagi sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update perkhabaran baru dekat my DDD kan.Sekarang ni Fit tengah mem-busy-kan diri dengan melayan drama Korea jadi masa yang diluangkan untuk blog dan fb berkurangan..:D

Dream High 2-p2.jpg          vs    

Ok jom dengar komen Fit untuk drama korea yang tengah dilayan buat masa sekarang iaitu Dream High 2 dan The Moon that embraces the Sun..Buat masa sekarang  The Moon that embraces the Sun tetap menjadi nombor satu.Drama ni dari episod satu Fit dah suka dan jatuh cinta dengan semuanya termasuklah dengan pelakon dia...heheehe.Drama ni buat orang yang tengok termasuk Fit jadi tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi untuk episod seterusnya.
Peminat kdrama patut tengok drama ni tapi sayang dia tak tayang dekat tv Malaysia lagi termasuk astro kalau tak silap la..Kalau dekat kbs world dengan one hd memang tak ada.Jadi kalau sesiapa tetiba rasa nak tengok bolehlah tengok dekat maaduu atau my soju iaitu kekasih lama Fit..sebelum maaduu muncul my sojulah kekasih awal dan akhir. Maaduu sekarang update episod drama korea paling latest tapi tak tau la kalau ada web yang lagi cepat.Ok bagi yang nak tau pelakon yang berlakon dalam drama ni boleh tengok dekat sini je.Drama ni tinggal lagi 5 episod je nak habis tapi tak tau kalau dapat sambutan baik depa nak tambah episod lagi jadi 20 lebih.Tapi bagi fit bagi Fit episod 20 pun dah ok takut meleret pulak.

Ok sebelum nak cerita drama Dream high 2 Fit nak habaq awai-awai yang Dream High 1 fit memang tak tengok dari awai dan layan pun dah separuh jalan..Tapi Fit memang suka watak sam dong, dan IU dengan Jason.:D.Masa first time tengok Dream High 2  Fit kurang suka dan mengalami pelbagai perasaan sebab dia punya intro untuk setiap watak agak boring.Tapi lama-kelamaan bila dah kenal semua watak Fit mula suka dan paling best episod 7,8 dan so on kot lepas ni..Lambat gila kan drama ni nak buat orang suka.Sekarang Fit tengah dilema ni nak suka watak Jb atau jin yoo jin..Dua-dua ada karisma.hahaha sudah mula __________..(isi sendiri)..Satu lagi lagu dalam Dream High 2 kurang best tapi mungkin belum dikeluarkan lagipun baru episod 8 kan.Drama ni baru nak jalan jadi tolong bersabar k..pesanan untuk diri sendiri sebenarnya sebab selalu tak sabar.  Drama Dream High 2  ni boleh tengok dekat kbs saluran 391 tapi baru dua episod kalau dah tak sabar sangat boleh terus tengok dekat maaduu.Dekat maaduu  dah episod 8 jadi kita dah tak ketinggalan sangat dengan orang Korea..Bagi pendapat Fit drama Dream HIgh 1 dan 2 ni ada kelebihan masing-masing so tak payah la kita nak bandingkan yang mana lebih baik..Have fun je la bila tengok tak payah dok runsing sebab drama ni tak sama dengan yang satu.Apa guna kalau sama baik kita layan balik je yang satu tu kan.

ok dah cukup panjang entri ni.Dah lama rasanya Fit tak buat entry panjang-panjang macam ni.haha sorry ye sebab terpaksa buat anda semua baca ayat yang panjang berjela..Kesimpulannya Fit suka kedua-dua drama ni..:D

bye
salam
 good night and sweet dream

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...