Tuesday 7 February 2012

tak tau nak letak title apa :D


Haha malas gila kan sebab buat word salam tu sedia ada.Saja je nak test tapi rasanya nanti nak remove la biar ikhlas sikit bila setiap nak update blog taip salam sendrian berhad kan..Nampak lain kan dekat blog Fit sebab hari demi hari ada perubahan jadi semakin cantik ke comot??Ikut suka kamu la nak cakap apa kan sebab lain orang lain pendapatnya..

Mood rajin untuk edit blog ni bukan selalu mai a.k.a datang jadi bila dah mai tu kena la guna sepenuhnya kan..Fit masih belum mahir nak guna photoshop jadi kena selalu cari tutorial yang berkaitan.Ada sesetengah tutorial boleh serasi dengan my blog ada sebahagiannya tak, jadi kena selalu cuba dan cuba..Kita kena banyak sabar kalau nak buat blog bagi cantik dengan hasil tangan sendiri.Tapi kalau rasa macam malas atau tak suka dengan kerja edit blog ni boleh terus tempah sebab ramai  blogger yang sediakan perkhidmatan edit blog ni cuma kita kena pandai pilih la.Anda semua mesti nak blog cantik dan harga yang berpatutan kan..

Kebaikan tempah orang edit blog
  • Tak payah pening-pening nak carik tutorial yang serasi dengan blog kita
  • boleh santai-santai sementara tunggu blog siap diedit
  • boleh kurangkan kerabunan (kalau buat sendiri mesti akan try dan try sehingga berjaya kan)
kebaikan edit sendiri
  • Kepuasan tahap infinity walaupun tak secantik dan sehebat orang lain..hahaha
  • money money money boleh simpan dalam dompet senyap-senyap
  • tambah skill dan pengetahuan untuk diri sendiri
ok cukup la tu kan.Keburukannya anda boleh fikir sendiri la kan

Babai nak p usha-usha tutorial lain pulak..hehe

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...