Saturday 17 March 2012

nak lagi! nak lagi!

Assalamualaikum,

HellooOoooooOoooOoooo, apa khabar anda semua???Fit di sini sihat saja.Perasan tak Hello Fit panjang + kurang stabil dan itu menandakan yang Fit tengah happy plus kecewa sikit.Kecewa sikit je tak banyak lagipun tak baik panjang-panjagkan hal kecik dan kurang penting..Ok sebenarnya Fit nak kongsi hal happy je la dengan anda semua k.Fit tak nak spoilkan mood anda dengan perkara yang tak best.

Yehaaaaaaaa akhirnya Fit boleh tengok jugak episod akhir my favourite drama The Moon That Embraces The Sun..Ending drama ni memang tidak mengecewakan malah rasa mahu dan mahu lagi untuk tengok.Memula tu agak frust la sebab depa delay tarikh untuk tayang episod dua yang terakhir tu.Tapi ok lah sebab tidak mengecewakan jadi terubat la sikit perasaan selepas lama menanti.Fit rasa nak beli la dvd drama tu boleh tengok secara marathon berulang-ulang kali..

Jom Fit story sikit apa yang terjadi masa episod dua yang terakhir.

  •  Putera Yang Myung pura-pura bersubahat dengan perdana menteri Yun Dae hyung untuk memberontak.
  • Putera Yang Myung mati lepas pertempuran tu.(Dia pilih untuk mati demi keselamatan dan tahta Maharaja)
  • Seul mati masa berlawan untuk selamatkan abang Yeon Woo
  • Semua yang terlibat dalam pemberontakan tu mati(Jadi pegawai yang baru semuanya yang memang setia dengan maharaja la)
  • Abang Yeon Woo tau yang isteri dia iaitu puteri Min Hwa terlibat dengan kes pembunuhan Yeon Woo 
  • Puteri Min Hwa dihukum jadi hamba dan kena cerai denga suami lepas dia bersalin
  • Last Puteri Min Hwa dibebaskan dari jadi hamba dan berbaik semula denagn suami dia
  • Ratu Dowager mati kena racun oleh anak sedara dia sendiri iaitu Perdana menteri Yun.
  • Permaisuri bunuh diri lepas gagal untuk bunuh Yeon Woo
  • Medium Jang mati lepas dia buat upacara hantar roh sebagai hukuman dosa dia
  • Last Yeon Woo kahwin dengan maharaja dan dapat anak lelaki
Ok cukuplah tu kan.Fit rasa dah wrap sekali dua episod dah tu.Kalau nak tau lebih silalah rajinkan diri anda ke maaduu.Part paling sedih dan terharu time Putera Yang Myung meninggal la.Seorang abang sanggup mati dan berkorban demi adik.Bagi yang tengok drama ni dari awal akan faham sebab apa Fit terharu dengan pengorbanan Putera Yang Myung.

Okay bubye...Jumpa di entri yang akan datang :D

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...