Saturday 23 January 2016

Untung atas angin tak ke mana!!

Assalamualaikum,
Hai semua,entri ni merupakan entri kedua untuk bulan ini dan tahun 2016. Fit tergerak hati untuk menulis topik ini setelah melihat sendiri kejadian ini berlaku terhadap kawan sekolah.
Kawan Fit berniaga online dan ada seorang hamba Allah ni nak dapat untung atas angin.Ambil untung atas angin yang tak menganiaya orang lain tak pa tapi sebaliknya.
Bukan setakat ambil untung atas angin malah dia bakal menyebabkan hilangnya ketidakpercayaan orang terhadap kawan Fit.Berniaga online ni tau-tau saja la kalau dah sekali customer tu rasa dia kena tipu boleh jd viral..Bukan ke menganiaya namanya sebab boleh dikatakan macam menabur pasir dalam periuk nasi orang.Kalau memang betul tak pa tapi kalau sebaliknya.Serius kesian.
Contoh yang hampir terjadi dengan kawan Fit tu.Scammer ni berminat nak beli produk yang kawan Fit jual jadi si scammer ni pun iklankan produk tu seakan-akan dia yang jual.Bila dah mengena umpan dia suruh la umpan yang tak tahu apa tu bayar untuk amaun ikut harga produk tu.Si scammer bagi nombor akaun kawan Fit tu kat umpan.Bila dah umpan tunjuk resit pembayaran si scammer pun bagi kat kawan Fit bukti kata dia dah bayar dan bagi alamat si scammer sendiri bukan alamat si umpan tu.Jadi urusan jual beli si scammer dengan kawan Fit dah selesai.Si umpan yang tak tau apa akan cakap kawan Fit menipu sebab ambil duit tapi barang tak bagi.Si scammer dapat barang atas angin je.
Sekarang siapa yang rugi?Si umpan dan kawan Fit.Paling teruk kawan Fit la sebab bisnes dia bakal lingkup kalau hal ni diviralkan oleh si umpan.Tahu sajalah kuasa sosial media macam mana.
Tapi Alhamdulillah kawan Fit terselamat daripada terlibat dengan urusan penipuan tu.Allah masih menyayangi dia.
Ingatlah setiap apa yang kita buat tu cepat atau lambat mesti kena balik kat kita.
Berusahalah untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang halal dan betul.Jangan ikutkan sangat nafsu.Tingkatkan iman kita setiap hari agar semua benda yang tak baik dapat dihindarkan.
P/s:Fit ada jual bawal crepe bidang 60 kalau berminat boleh pm ke 0127471071.
Salam sayang untuk semua.

3 comments:

  1. Replies
    1. Ya memang bahaya..Hati2 nk beli online..Survey dulu.hehe.Thanks sudi bc blog picisan saya.

      Delete
    2. Ya memang bahaya..Hati2 nk beli online..Survey dulu.hehe.Thanks sudi bc blog picisan saya.

      Delete

thanks for your comment lain kali datang lagi

Lucky Charms Rainbow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...